Wednesday, March 13, 2013

13 March 2013


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah .. Rasanya aku ucap berapa kali alhamdulillah pun belum cukup untuk balas segala nikmat yang telah Allah kurniakan pada aku.

Tak tahu title apa yang nak di letakkan untuk entri kali nie.. memandangkan hari nie adalah salah satu tarikh paling bermakna maka aku pilih 13 March sebagai tajuk.. *senyum lebar* hati gembira sekali..hew hew :3

Dari mana aku nak mula nie.. ? bismillah aku mulakan apa yang dah jadi dengan aku..
Aku seorang yang tak sempurna dari segi kesihatannya. Selama berapa lama aku hidup nie, aku selalu sangat bergantung pada ubat. (Sakit apa ? biar rahsia je la k..jangan tanya) lumrah bertukar-tukar ubat tu memang dah jadi permainan dalam hidup Adibah Ishak.

Pendek kan cerita dalam 3 tahun nie ada satu ubat yang betul2 aku rasa sesuai sebab kesannya cepat.. bila makan aku rasa badan macam tak mudah lemah.. kos untuk ubat nie hampir mencecah RM500. Kata mama dia tak kesah, asalkan aku sembuh.. (Padahal aku bukannya orang kaya punnnn ) so bayangkan setiap kali jumpa kena spend jumlah macam tuu..dan aku kena jumpa doktor setiap dua minggu sekali.. haaa darab sendiri berapa habaq hang !

Boleh bayang tak berapa banyak duit mama dah habis dekat seorang je anak dia ? memang dia kata tak pe.. dia sanggup.. tapi aku sebagai anak nie rasa seolah seperti beban saja pada dia.

Dan begitulah aku tak bertukar ubat lagi, sebab ubat nie macam dah ngam badan aku.. sampai lah 1 march..

#1 March 2013

Selalunya bila mama balik dari pejabat itu lah benda paling aku seronok..  yelaaa even cuti sekali pun aku hanya jumpa mama petang, malam..sebelah pagi sekejap jee.. so, bila dia pulang aku dah tersengih macam kerang busuk depan pintu..

Tapi hari tu, muka dia masam. Kalah cuka. Dalam hati aku dah mula risau, fikir la kot2 apa2 yang dia pesan aku tak buat.. checklist.. rumah kemas je, kain sidai, bilik walaupun tak berapa kemas masih dalam keadaan terkawal. Dah tuuu apa silapnya ?

Aku pun tanya “mama kenapa ? adik ada buat salah ke… ?” “mama sedih sangat..” air mata dia dah bertakung.. aku bertambah cuak, aku paling tak boleh tengok mama nangis..

Lepas dia dah cool down gituuu baru dia start cerita.. katanya dia pergi berjumpa salah seorang doktor baru untuk belikan ubat aku. Doktor tu tanya beberapa soalan pada mama..

“Puan..ubat nie untuk siapa ?”

“anak puan sakit apa ?”

“Berapa tahun dia dah makan ubat nie ?”

Mama pun jawab satu persatu soalan doktor tuu.. selesai beli ubat. Mama pun melangkah keluar dari situ…hampir ke pintu keluar.
Tiba2 doktor tadi lari berkejaran panggil mama dari belakang.. “puan sekejap..sekejap..! saya nak bagi tahu puan sesuatu.. “ (aku rasa dialognya lebih kurang macam gini lah dari ikut mama aku cerita.. )

"sebenarnya ubat yang anak puan makan tu sejenis ubat yang sangat kuat kesannya. Boleh rosakkan hati. Anak puan dah bertahun makan dan saya rasa anak puan……..”

Kata mama bila je doktor tu cakap macam tuuu.. kaki dia terasa lemah, tak boleh nak melangkah dah.. dia jenis payah nak nangis depan orang lain.. jadi dia tahan sedih dia sebolehnya.. kembali ke tempat kerja.. menahan sebak..

Sampai rumah.. banjir terus depan aku..  T.T

Serius aku tak kesah apa yang jadi kat aku, hati dah nak rosak, rosaklah..tapi aku sangat serabut tengok mama susah hati..mata yang merah tak berhenti menangis..

Otak aku punya dah serabut seperti twisted wire.. menjadi mind twisted tahap dewa.  Capai phone tengok contact list.. aku rasa nak luah kat someone..  Alhamdulillah member baik aku angkat. Kami tak selalu contact.. jarang sangat. Aku rasa sebulan sekali pun payah kot. Hal penting je. Tapi bila hard times macam gini aku tahu kalau aku seruuuu dia in sha Allah dia ada.. in fact, sentiasa ada. *okay perkataan seru tu macam over.. tapi apa yg aku cuba maksudkan adalah call yer*

Aku sangat hargai punya sahabat macam nie.. *terharu sangat* Moga Allah lindungi dia walau mana dia berada.

Pung pang pung pang cerita..baruuu lega.

[ Nahhhh aku nak beri pendapat sedikit pasal nie..selalunya orang cakap kalau ada problem kita tak perlukan sesiapa pun..cukup luahkan pada Allah. Tapi aku percaya kepada Habluminallah wa Habluminannas… Setelah aku mengadu pada Dia yang Maha Mendengar. Aku masih memerlukan keperluan aku sebagai manusia, komunikasi.
Simply, aku cuma nak luahkan apa yang aku terbuku dalam dada. Memerlukan seorang untuk mendengar. Memahami. Dan aku harap aku juga ada untuk kawan2 aku di saat mereka memerlukan aku. ]

Member baik aku nie suggest better aku pergi check betul ke ada penyakit hati ada kemungkinan tak and so on sorta..sorta…

Ada betulnya. Tapi esok aku nak pulang ke UiTM sem 2 nak mula..so aku tangguhkan dulu.

#8 March 2013

Okayyy tarikh nie aku baru betul free.. nak buat check-up.. the hal.. sampai ke tempoh nie macam2 dah aku fikir… aku tak lama lagi mati lahhh.. hati dah rosak, for sure tak ada siapa nak derma hati kat aku. Apa je aku dah berbakti kat negara ? tak yah negara sangat laaa kan dekat parents dulu. Apa ? Habuk ! umat ? lagi jadi debu terus.. kawan ? aku banyak sakit kan hati orang sekeliling je aku rasa banyak lah..aku nie bahasa tak reti nak sweet.. straightforward je.. siapa yg tahan normally itu la jadi kawan baik aku..

Sedih rasanya kalau aku tinggalkan dunia tanpa ada amal..dengan semua orang tak berkenan sangat perangai aku..masuk kubur kena pukul. Aiyorrr itu la aku fikir sebelum aku tidur..

Mata panda makin tebal rasanya.

Alhamdulillah lepas habis kelas aku terus gerak ke Ipoh.

Aku tunjukkan ubat yang aku makan pada doktor dan cerita semuanya.

*memang best laaa..kena marah dengan doktor tu*

Doktor tu kata kenapa aku memandai beli ubat sendiri.. ? dia kata bukan setakat hati je yang boleh rosak tapi buah pinggang aku juga.

Apa hal pulak aku beli kat Doktor Pakar kot.. ! salah satu pusat perubatan swasta di Ipoh.. Dia buat muka terkejut pulak kan.. dia kata sebagai seorang doktor tak sepatutnya dan tak boleh bagi ubat tu pada pesakit untuk tempoh yang lama macam tu..

Nampak tak permainan doktor asghtgfjjs#@!! ?? The hal kan selama nie nak untung je kan lantak ar hati pesakit rosak punnn.. Doktor Chang yang buat blood test aku hari tu..

[ Buat rakan2 yang mengambil course medik. Andai kata kalian berjaya. Berjaya menjadi doktor. Jadi lah seorang doktor yang soleh dan solehah. Jadikan Al-Quran dan sunah rujukan kalian selain kitab2 medik..bila ini kalian pegang aku percaya bila melayani pesakit, mereka lebih mudah untuk redha malah kalian juga turut terasa bahagianya berada dalam bidang ini. Sebuah medan dakwah yang cukup besar. ]

3 kali darah aku kena ambil.. sebab aku nie badan tak banyak darah..cucuk kali pertama tak keluar.. kali kedua dekat tempat lain ada la sikit keluar.. kali ketiga baru boleh..



#13 March 2013

Setelah penantian selama beberapa hari… bermacam2 aku dah fikir apa yang bakal jadi kat mama andai aku pergi dulu.. Hari result ! sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada teman2 rapat yang tidak putus2 untuk kata semangat dan doa dari kalian..  6 orang yang sangat special dalam hidup aku. Biarlah tak ramai kawan asalkan yang sedikit itu berkualiti dan sentiasa ada.

Aku sayang ! Aku hargai kalian.. *hugs* (yang perempuan jerhhh..) haha

Tak dapat aku balas semuanya moga hati kita sentiasa berbalas dengan doa. Di mana pun kita berada.

Sekali lagi Allah ingin menunjukkan kekuasaan-Nya. Doktor Chang terkejut dengan result aku. Everything is perfectly normal. Dia cakap miracle ! Aku sebut Alhamdulillah.

Speechless.

Salah satunya aku cukup percaya ini berkat doa dari seorang ibu.

Apa pun Allah juga lah yang mempunyai kekuasaan melakukan, mengubah segala-galanya. Kun Fa Ya Kun. Yakin itu. Maka hati mu akan tenang menjadi hamba-Nya. Sujud syukur atas segala-galanya.

#ApaYangAkuDapat #ApaYangAkuMahuKongsiKan

Apa yang aku dapat, aku bersyukur untuk segala nikmat dan ujian dari-Nya. Begitu indah dan unik cara Dia menguji Hamba-Nya kerana kasihkan Hamba-Nya.

Apa yang mahu kongsikan telah aku ceritakan. Oh yer ! Buat yang membaca kalau dapatkan rawatan dari doktor make sure korang tahuuu apa kandungan ubat, apa kesan sampingan ubat tersebut. Penting ! sangat ! *sungguh2 nie warning*

Take care semua ! Assalamualaikum. *senyum lagi* :)


Bersyukur bersujud pada-Mu Ya Allah..

Kalau fikir kuat, in sha Allah kuat jadi nya..
 
Mentaliti seseorang sangat mempengaruhi tindakannya.







Friday, March 1, 2013

Pokok yang mampu..untuk mama hey !


Mama sayang pokok nie :)


 “Dear March please be nice to me” ok banjir TL and fb dengan alah benda nie. Dah jadi trend pulak, seolah bila start 1 hari bulan korang kena update status macam tu.. booo ! Macam bulan March tu boleh tolong korang kan ? Help yourself lah.



Well if it so, I guess March doesn’t really nice to me.. seriously do I have to blame the problem that I had to March ? ( Duhhh..It just another month on a calendar….! ) I always have myself to blame and I’m telling you this is much more realistic and mature.

On the first day of March, my mom cried. BECAUSE-OF-ME. What I have done ? My mom said it was not my fault..hahaha so ironic. Obviously it was my fault. :/ screw me !

I’m going back to UiTM tomorrow my sem break is over and a lot of things coming for this second semester. My beloved mom is totally worried about me. Okay it might sound to exaggerate if my mom cried just because of I’m going back to university. It doesn’t sound right isn’t it ? Of course no.. there is a reason why she cried so badly. Can’t tell. Damn !

[Semenjak dua menjak nie tak tahu kenapa aku rasa nak update blog pakai bahasa omputeh entah apa hal.. ] selalu nya kalau aku speaking nie terus di cop "budak key el leh tuuuu !" come on aku budak Ipoh arh!

Dah tak tahu nak bebel dengan siapa kan.. so membebel dengan blog je lah.. luahkan perasaan di sini.

Entri kali khas tentang mama. Dia sangat special dalam hidup aku. Melihat dia menangis bukanlah sesuatu perkara yang menggembirakan. Aku rasa hati aku nie macam kena hiris je tengok mata dia merah.. dah la mak aku putih dari aku. Bila nangis bukan setakat hidung tapi telinga pun naik merah.

Betapa risaunya aku nak balik uitm tengok mama macam tu.. macam mana kalau aku kat sana nanti, dia dekat rumah ok ke ? tinggal berdua dengan ayah aku. Mesti dia sunyi. Sebab aku seorang anak yang suka menyanyi depan mak aku (confident sangat tinggi bila nyanyi depan dia..dengan dia je lahh..hehe) , melompat sana sini dan peluk dia selalu.

Teringin nak tangkap beberapa gambar bersama. Mana tahu malam tidur malam tak lena boleh lah aku tengok muka dia untuk hilangkan rindu. Tapi katanya “eh kalau dah tua tak payah buat gaya orang muda tangkap gambar sana sini” ok respect mama. Nasib baik ada gambar dengan dia yg beberapa tahun dulu. Dan mungkin aku tak perlukan gambar pun sebab wajah dia dah selalu berputar dalam kepala aku macam video yang di replay..replay..

Pokok bunga lah tempat mama untuk meluahkan rasa.. setiap kali balik dari pejabat. Dia akan letakkan handbag, dan terus belai pokok2 dia, kasi siram itu pokok lah. Dia dapat kepuasan bila tengok pokok yang di tanam tumbuh dengan subur.. seronok tengok dia happy. Sangat !

Jadi aku harap pokok nie semua sentiasa segar.. tumbuh dengan hijaunya, jika semua pokok nie segar seolah mencerminkan suasana hati mak aku. Dan jika semua pokok layu..sure mama akan sedih..

Aku luangkan masa berjalan2 sekitar rumah hari nie..  what the hal ?? dah lama ko balik Diba! baru hari nie nak jalan sekitar rumah?? Asyik duduk terperuk dalam bilik dan keluar  lepak sana sini.

Salah aku. Tak reti nak appreciate art mak aku menerusi tumbuh-tumbuhan. So pokok2 sekalian saya belai anda hari nie.. Mohon tumbuh dengan sihat.. happy kan hati mama saya sementara saya sambung belajar nie.

Dulu mama suka orkid.. tapi orkid nie agak cerewet nak jaga, tak boleh terlalu panas. Kena ada kawasan redup khas untuk tanam orkid.. mama tak ada masa sangat, dia kerja kan. So dia tumpukan minat dia pada bunga kertas. Bougainvillea !

Mereka si bunga2 sangat cun ! Moga Allah tenangkan hati mama, berikan kesihatan yang baik.. dan bahagia selalu. Amin Ya Rabb.


niceee.. RED.

okayy aku tak pernah sedar yang pokok cili nie wujud sebenar dekat rumah aku.

kertas.. ohh bunga kertas.. :)

dulu masa zaman sekolah menengah suka lepak sini dgn member.

putih suci warna mu.. terus memutih ya..terus menghijau juga ya daun !

this is my favourite ! saiz dua belah tapak tangan.. gebu seyh !!

pokok nie pagi dia bukak..petang dia tutup.. memang rutin nya begitu.

nice purple !

purple memang cantik kan...



Ini paling rare. Haha serius besar giler pokok kari nie.. kalau jiran2 nak anytime jee.. aku ku petik2 kan .. lulz xD


Jaga ibu ku Ya Allah sesungguhnya kekuatan itu datang dari-Mu maka kuatkan lah dia, berikan lah ketenangan hati pada dia. Kuatkan semangatnya.. semoga di panjangkan usia untuk terus bersamanya. Amin.

Mama..sayang mama sangat !







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...