Siapa dia ? tak perlu ambil tahu siapa dia yang penting apa
yang kita boleh di ‘ambil’ dari dia yang bermanfaat.
Dia semakin tidak tahu siapa dia, siapa diri dia. Semenjak
dia berubah pelbagai halangan yang muncul dalam hidupnya sehingga dia merasakan
hidup dia tidak ubah seperti drama di televisyen atau novel..
Mengapa begitu dramatik ?
Sering menyoal diri dia mengapa hidup jahiliah tiada ujian
sebegini ? sihat tubuh badan..
Dia tersenyum kerana dia tahu “semakin berat di uji semakin
besar ganjaran menanti” jadi meneruskan hari dengan senyuman serta langkah
getaran.. dia tidak pasti di mana dia berpijak tapi tahu mana destinasi yang di
tuju..meski tersesat jalan, itu pengalaman.
Terlalu banyak soalan atau pernyataan yang hanya mampu di
jawab dengan mulut yang berkunci..
Sahabat karib nya berkata “dah ulang banyak kali macam mana
u boleh lupa?”
Roommatenya berkata “sedapkan rendang ayam kita makan tadi”
Bila dia cakap ? bila kita makan rendang ayam ? terlalu
banyak benda yang dia dah lupa..mudah lupa.. semakin parah penyakit lupa..
Mengapa dia mudah terlupa ? Biarkan dia dan keluarga simpan..
Sebelum dia lupa dia mahu berkongsi perkara yang sentiasa
tersemat dalam fikiran dan juga hati..
Dia masih ingat hari pertama dia bertemu sahabat karibnya
bagaimana riuh rendah perkataan ‘stupid’ dan ‘chi seng’ di ulang.. pergaduhan
yang membawa kepada persahabatan erat..
Dia masih ingat kakaknya tidak pernah berputus asa memberi
nasihat meski sering kali nasihat itu di campak jauh..
Dia masih ingat bagaimana dia jatuh dalam kegelapan yang dia
sendiri tak sangka dia berjaya keluar..
Dia masih ingat dia punya ibu yang telah berkorban perasaan
sendiri demi anak-anaknya..
Dia masih ingat nama dia..
Dia masih ingat bagaimana dia mengenali seseorang menerusi
alam maya yang begitu penting dalam hidupnya sehingga sekarang.. jujur dalam
setiap pandangannya berharap insan itu berjaya dunia dan akhirat..
Dia masih ingat dan cukup ingat dia punya tanggungjawab pada
Pencipta, keluarga dan juga diri maka dia selalu berinteraksi dengan Pencipta
sebelum dia tidur..
Jauh di sudut hati dia benar-benar yakin akan segala
ketentuan-Nya.. walaupun pahit dia tetap tersenyum kerana yakin hikmah yang
tersirat yang menanti.. menjadi kekuatan meneruskan hari..
Sesekali menitik darah dari hidung.. dia tahu dia tak sekuat
dulu..tapi dia juga tahu dia jauh lebih kuat dari dulu.. jika kau mengerti
kuatnya dia.. kuatnya jiwa melebihi tubuh badannya..
Itu dia.
No comments:
Post a Comment