Sunday, November 27, 2011

suka tapi tak bermakna aku.......





Aku sangat mengagumi wanita ini. Bagi aku berani bukanlah wajib diukur di medan perang saja tapi berani menyuarakan apa yang benar.. adalah sesuatu bukan semua orang boleh lakukan.. tambah2 lagi wanita 

sebab sekarang ramai wanita aku nampak gedik ceria terlebih.. 
Tak boleh ulas panjang, ada salah anggap nanti silap2 ISA lah aku,

 suka Izzah tak bermakna aku sokong pembangkang..

sayang Izzah tak bermaksud perhimpunan bersih aku pernah join..

serupa ke? ada la kot 2% tang tudung :P


kagum dgn Izzah tak bererti aku mampu menjadi 100% seperti dia.. tapi aku akan belajar mencontohi sifat kepimpinan dalam dirinya..

Dia adalah anak, ibu, isteri dan PEMIMPIN yang baik :)


Izzah bersama anak keduanya..SWEET!



P/S : ^antara entri aku paling tak berani. Aku belum 21..tiada hak mengundi. Salam 1 Malaysia !




Friday, November 25, 2011

sesekali riak.. ok ?

Baru selesai lecture bio.. sementara menunggu lecturer chemi masuk,aku pun gigit sandwich..layan nikmat deria rasa yang Allah kasi.. memang sedap.... !

''Diba dah la tuuu asyik makan jeee... jom hafal ! hafal bio nie.. ''

aku pun hairan dengan member baik aku sorang nie.. barangkali sebab ini sem baru, maka semangat pun baru.. bertambah2 nampaknya..bagus2..

aku tarik helaian kertas yang dihafalnya.. spontan dan penuh confident (muka mcm mintak flying kick) aku pusing belakang

''Aku Cantik! Menarik! Pandai! Hebat! Hang Sape ????''

''BAJEEEEEEETTTTT giler kau !'' kata classmate lelaki aku.

Kata lecturer, pelajar lelaki adalah species terancam... tengok dalam kelas aku sudah la.. cuma ada dua ratus  orang. Ustaz aku pulak kata, kalau sorang kasi empat pun masih ada banyak lebih lagi..hahaha.. terkeluar tajuk nampaknya,next time lah cakap pasal species terancam :p

Member baik aku tengah hafal tentang taxanomic Hierarchy sebenarnya :

Kingdom - Animalia
Phylum - Chordata
Class - Mammalia
Order - Primates
Family - Hominidae
Genus - Homo
Species - Sapiens
niat aku sekadar ingin memudahkan apa yang dihafal oleh member baik aku saje.. tapi siapa lah tak salah anggap kalau tiba-tiba ko jerit :

''Aku Cantik! Menarik! Pandai! Hebat! Hang Sape ????''
saje je nak tengok reaksi classmate aku,dia pendiam orang nye..tak sangka hari tu dia kata aku ''bajeeeeeetttt gilerr '' berapa harkat dia tarik aku pun tak tahu...HAHA

selepas diberi penjelasan, baru dia faham apa yang di maksud kan aku 'cantik' dan maksud2 seterusnya.. tapi  bayangkan jika aku benar-benar riak?

mungkin barangkali aku tak ungkapkan dengan kata, cukup sekadar dalam LINTASAN HATI..
contoh, ''bajet ko hot lah? megan fox lagi hot..!''
''bajet ko alim lah.. tutup dada, tapi stokin tak pakai !''

jika semua nie terlintas dalam hati aku.. aku tak dapat bayang betapa hitamnya hati yang aku ada.. gelap, segelapnya.. mungkin dah hitam agaknya..

takut sangat jika aku terlintas macam nie, sama ada kita semua sedar atau tidak riak lah sebenarnya yang merosakkan ibadat. Ibadat yang selama ini kau tonggang tonggek atas sejadah tapi sebenarnya tak diterima pun.. dasyat kan riak?

tak kiralah sama ada, perbuatan baik apa jua sekali pun kau lakukan semuanya tidak diterima andai kata riak itu terus ada dalam diri.

Syirkul asghar (syirik kecil ) iaitu riak. Penyakit riak ini jugalah yang membuatkan para solihin dan ahli zuhud takut.. apatah orang kerdil macam aku nie? berjalan dengan penuh rasa riak atas muka bumi Allah.. zero !

Riak membuatkan diri terlalu yakin dengan kemampuan diri sendiri sehingga lupa segalanya itu datang dari Allah..

keredhaan siapa di cari? keredhaan Allah mahupun manusia ? sedangkan keikhlasan itu jelas merupakan sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar tapi Dia mampu melihatnya.

Tanya diri untuk apa semua ini? Mari sama-sama cuba tetapkan hati, semua amal kebaikkan dilakukan demi menegakkan agama-Nya.

berniaga kerana Allah..

belajar kerana Allah..

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan peliharalah sisa-sisa hidupku.

Abu Ubaidah juga menjelaskan : ''Aku belum pernah melihat seorang yang bijaksana (hakim) melainkan pada akhir katanya dia mengucapkan : ''Jika engkau menyukai agar dirimu tidak dikenali manusia, maka engkau akan mendapatkan kedudukan yang tinggi dari Allah s.w.t''


P/S : bukan sesekali itu ok, walau sekali pun tak ok! okay, ada faham ? aku mengagumi blogger-blogger humble yang tidak mengejar follower semata-mata tapi lebih kepada penyampaian bermakna lagi berbekas !

wallahu'alam.














Sunday, November 13, 2011

kenapa mereka ditarik?





Sekiranya ditanya, tiada siapa yang mahu berpisah dengan orang tersayang. Jauh dari pandangan mata, sentiasa di rindui..mahukan segalanya seperti dulu. Hati terkenang, mulut menyebut.

Ketika aku berdiri di sisi kuburnya..jujur..aku seakan masih tak percaya yang aku sedang berdiri di tanah perkuburan teman rapatku.. aku tenung tanah itu..kalau aku di jemput..apa aku mampu melepasi soalan mungkar nangkir? soalan yang hanya bisa di jawab jika bekalan mencukupi..jika tidak?

Furqan, Aishah, Maisarah,Sofea.. (bukan nama sebenar) kisah-kisah sahabatku..

Furqan sudah seperti abang ku sendiri. Furqan kehilangan adik disayangi, sebelum adik meninggal dia sekeluarga terpaksa berhadapan pelbagai ujian.. pertama ketika doktor beritahu bahawa jantung adiknya tidak mampu lagi berfungsi, kemudian mata.. sum2 tulang adiknya terpaksa di ambil lebih menyakitkan bila doktor nyatakan adiknya hanya mempunyai harapan 10 peratus untuk hidup..

Furqan terus menerus membacakan yassin di sisi katilnya mengharap keajaiban dari yang Maha Esa, agar adiknya pulih seperti biasa.

''ya Allah berikan la aku walau seminit untuk bercakap dengan angah ya Allah''

''angah, maafkan abang ngah, abang banyak buat dosa kat angah, maafkan abang..abang sayangkan angah.. jangan la angah pergi, kalau angah pergi sape nak tido dengan abang, main dengan abang, gaduh dengan abang..abang sayangkan angah..angah, tolong lah gerak jika angah dengar apa abang cakap, tolonglah bangun ngah, jangan tinggalkan abang''

namun, tiada respon dari angah.

Aishah pula hilang seseorang paling penting dalam hidupnya, orang yang susah payah melahirkannya. Walau Aishah tak pernah tunjuk wajah sedihnya pada aku, mahupun sebut rindunya pada ibu..tapi aku tahu pasti dia rindu.. Aishah bagi aku seorang sahabat yang sangat tabah..

Natural riak wajahnya walau sebenar hati derita..kalau aku berada di posisinya, aku tak tahu sama ada aku boleh jadi sekuat dia.. kerana tiada siapa yang boleh aku percaya seperti mana aku percayakan ibu ku... ibu adalah tempat aku curah segala rasa..

Kepada Aishah..aku sayang kamu! semoga kamu terus kuat.. 

Lebih perit buat Maisarah.. pagi tu, Maisarah menaiki bas sekolah seperti biasa.. sampai di sebuah simpang.. uncle bas menjerit..

''tengok2 ada orang kemalangan..tapi confirm dah mati..sebab polis dah tutup dengan plastik hitam..''

Maisarah lekas2 menuju ke arah tingkap.. keadaan jalan raya penuh di selaputi darah..membuatkan Maisarah terasa seram..melihat semua tu..tak sanggup untuk melihat.

Selesai kelas maths, Maisarah di panggil keluar, ayahnya kemalangan..Segala di jalan raya tadi muncul dalam kotak fikiran, dia pengsan.

''cikgu..cikgu..tolong saya cikgu..lagi seminggu nak raya..saya nak raya cikgu... saya nak raya dengan ayah !!''
itu yang keluar dari mulut bila dia tersedar.

Syukur bagi kita pada tahun ini yang masih punya kesempatan beraya bersama ayah dan bonda. 

Berlainan pula dengan Sofea.. Sofea sahabatku tidak kehilangan nyawa orang yang disayangi.. namun, terpaksa berjauhan dengan orang yang di sayangi cukup menyeksakan.

Sofea adalah gadis cina yang memeluk Islam. Tekad dia memilih Islam membuatkan dia di pulaukan keluarga.. tiada siapa menjadi tempat mengadu kasih.. walau aku ada, tapi itu tak sama seperti keluarga sendiri.. aku dengar tangisannya hingga lewat pagi..

Cabaran hebat seorang mualaf tidak cukup dengan di pulaukan keluarga..malah sahabat-sahabat yang dulu rapat turut pergi. Cabaran hebat bagi dirinya bila dia dipaksa makan babi bila dia pulang ke rumah oleh keluarganya..sengaja di hidangkan arak.. dia tetap memilih Allah yang Esa.

Mengapa orang yang kita sayang di tarik ? 
Aku tanya soalan ini pada diri sendiri ketika sahabat baik aku meninggal, berkali-kali aku persoalkan seolah tidak boleh menerima kenyataan. Tiada jawapan mampu aku berikan.
Apa tujuan Nabi Muhammad di utuskan ? Sebagai panduan kepada seluruh umat manusia, dan ketika lahirnya bercahaya..

Kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sungguh diliputi oleh pelbagai musibah dan penuh tragedi. Ayahnya meninggal dunia tatkala ibunya sedang mengandung. Tak lama kemudian, ibunya meninggal dunia dan dipelihara oleh datuknya yang bernama Abdul Muthalib. Datuknya pun meninggal dunia dan kemudian diasuh oleh bapa saudaranya yang bernama Abu Thalib. Tak lama kemudian bapa saudaranya juga meninggal dunia dan beliau berkahwin dengan Khadijah. Tak lama Khadijah juga meninggal dunia. Mengapa semua ini terjadi? Apakah hikmah di sebalik mesibah demi musibah ini ?

Sebahagian ulama berkata : Hikmah di sebalik musibah demi musibah yang menimpa Nabi Muhammad S.A.W adalah supaya tidak mempunyai tempat bergantung selain kepada Allah Ta'ala yang Yang Maha Esa.

Jadi, mungkin di kala orang yang kita sayangi ditarik jauh adalah untuk membuatkan kita ingatkan akan Dia yang maha berkuasa menghidup juga mematikan dan dikala sedih kepada Dia kita gantungkan harapan. Subhanaallah sungguh Allah S.W.T sayang akan hamba-hambaNya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman di dalam surah Muhammad, ayat 19 :

Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada (Yang Haq) melainkan Allah dan memohonlah ampunan bagi dosamu.


Rujukan : AL-Quran berjalan rahmat bagi sekalian alam karya Dr.Aidh bin Abdullah Al-Zarni.

P/S: mengapa diri ni mempersoalkan terus qada dan qadar mu Ya Allah ? Ampunkan dosaku aku tidak layak mempersoal walau sebesar zarah sekali pun. 

wahai tuhan ku tak layak ke syurga namun tak pula aku sanggup ke neraka mu.. :'(





Thursday, November 10, 2011

Senjata kita.

Aku, ko, korang..diorang..semua itu orang.. orang dekat ceruk kutub utara pun ada senjata nie.. Walaupun disebut 'senjata kita' tapi hakikat setiap orang punya senjata nie, kita tak perlu berkongsi dan lebih bagus kita boleh guna senjata pada bila-bila masa tapi sayang kita selalu guna bila masa susah, dilanda musibah.. Ya, itulah senjata umat Islam..DOA.

Doa merupakan senjata yang begitu kuat sehingga jauh lebih kuat dari

 kereta kebal......


mahupun bom nuklear..



Dipetik dari Al-Quran berjalan (Rahmat sekalian alam)-Dr. Aidh Bin Abdullah Al- Zarni.

masih ingat peperangan uhud? setelah bermusyawarah baginda bertawakal..


...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah... (Surah Ali-Imran : 159)

Tatkala Allah Subhanahu wa Ta'ala melihat para kekasihNya yang berjumlah 700 orang melawan pasukan musuh yang memiliki jumlah pasukan yang lebih ramai, Dia menurunkan para malaikatNya bagi membantu pasukan kaum muslimin.

Sa'ad bin Abu Waqqash berkata: ''Aku melihat dua malaikat turun di atas bukit Uhud dan mengenakan  pakaian putih.''

Pasukan malaikat ini dipimpin oleh malaikat Jibril 'Alaihissalam.

Dia selalunya bertanggungjawab untuk memporak-perandakkan pasukan musuh dan menurunkan bala bencana ke atas sesuatu kaum yang dimurkai Allah. Malah, kejadian letusan gunung berapi, tanah runtuh, gempa bumi dan mengubah fizikal manusia adalah dilakukan oleh malaikat Jibril berdasarkan perintah Allah Azza wa Jalla kepadanya.

Hissan berkata :

Ramai pasukan musuh yang mati semasa Badar;
Jibril di bawah bendera kami membantu Muhammad.

Semoga Allah sentiasa mencurahkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan malaikat Jibril 'Alaihissalam.

Kisah peperangan uhud tadi menunjukkan kuasa sebuah doa yang dimakbulkan.

Kenapa berdoa?
ke mana kita selalu gantungkan harapan kita? boypren? Tan Sri atau harta? sudah tentu tidak.. kita seharusnya menggantungkan harapan kita kepada Allah S.W.T dalam apa jua yang kita lakukan. Tidak kira sama ada kita mahukan kejayaan dalam pelajaran atau berjaya dalam bisnes sekali pun kita hanya berharap kepada-Nya. Allah berkuasa memberikan apa yang di kehendaki-Nya. Percayalah sesungguh bila kita benar-benar yakin akan rezeki itu kurniaan Allah hati akan menjadi tenang.. cuba bayangkan..


kapal yang anda naiki meletup dan karam..dan pada masa itu hanya anda dan beberapa orang terselamat dengan berpaut pada serpihan kayu..pasti hati cemas tak tahu apa harus dilakukan.. di sini anda gunakan senjata..berdoa tanpa henti mengharapkan bantuan bakal tiba.. 

apa jadi sekiranya anda seorang yang tidak beragama? sudah pasti anda tidak terlintas lansung untuk berdoa.. apa pentingnya berdoa? tak tahu bagaimana nak berdoa..alangkah rugi.. dan berkemungkinan mengambil jalan pintas membunuh diri. 

Selain dari menggantungkan harapan..doa adalah lambang cinta.. c i n t a.. cinta~~~ sebut banyak kali..


Love!
Love!
Love!

kata sayang awek.. kata sayang balak.. amboi..awek no 1 nampak..! jangan2.. kata sayang mak.. kata sayang ayah..takkan setakat kata sayang je.. larat ke hari2 setiap minit cakap macam nie

''mak..saya sayang mak''

''ayah..saya sayang ayah''

sebut setiap minit tau! sebab nak buktikan rasa sayang la katakan..pasti mak ayah pelik ''asal la anak aku nie?''

dekat awek or balak hantar text  ''i love you sayang'' korbankan kredit hantar setiap SAAT k? 

fikir balik..macam tu ke cara kita kalau betul sayangkan seseorang..? cukup sekadar kata tanpa buat apa-apa.

Kalau benar kita sayangkan seseorang..berdoalah untuk dia. Tak lain, tak bukan tak ada apa lagi yang kita nak kecuali mahukan orang disayangi itu dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan yang baik.
Bagi aku itulah cara romantik dan paling berani sebab kita luahkan dalam hati dan hanya diri kita sahaja yang tahu. Tanpa pengetahuan orang yang kita doakan.. sayang seseorang bukan bererti kita wajib memiliki dia tapi melihat orang yang disayangi hidup dengan baik.. itu dah cukup.. 

tak puas hati? nak memiliki dia jugak? berbaloi ke kalau dapat memiliki tapi si dia lansung tak bahagia.. hidup tak ceria bersama tapi lebih kepada terpaksa. Sudah pasti anda pun terseksa tengok dia macam tu.. relax la korang, jodoh pertemuan di tangan Allah.. aku tahu korang frust sebab pertemuan memang dah ada, banyak pulak tu tak tahu berapa pertemuan korang dah jumpa..tapi jodoh  je belum ada.. sabar k..nak study ke nak kawin? ngeeee~

Penting sekali..Doa kesihatan mak ayah sentiasa sihat, di panjang kan umur..diberikan ketenangan, dah semoga Allah mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kecil.. :)

cabaran berdoa.
kalau nak buat baik..memang banyak cabaran dan godaan tapi jangan sesekali kita berputus asa dari rahmat Allah S.W.T kerana sesungguhnya Allah S.W.T itu maha mendengar.. 

mungkin adakalanya kita merasakan doa kita tidak di makbulkan..atau anda rasa tiada apa-apa perubahan dalam hidup anda.. percayalah aku pernah rasa benda yang sama.. sehingga membuatkan mak aku menangis..

benda nie jadi masa aku sekolah rendah..mak aku lama tak nampak aku solat.. mak aku tanya kenapa lama tak solat dengan muka tak malu aku jawab ''buat apa nak solat kalau banyak kali doa tak dapat?''

dengar jawapan tuu..mak aku terlopong.. bodoh betul aku masa tu.. minta rasa sombong kepada pencipta di buang jauh dari aku, jangan di tarik nikmat iman Ya Allah..

Allah tidak memakbulkan terus permintaan kita, tetapi Allah gantikan dengan yang lain. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Percayalah. Bersangka baiklah pada Allah.

Adab berdoa.
Kalau adab nie..biar aku bagi situasi yang aku sendiri alami.. 

Situasi 1 : tengah solat, tiba-tiba phone bunyi..apa lagi kepala dah bertumpu pada phone..aku pun solat macam bullet train kat jepun tu.. lansung tak ada tomakninah.. orang macam nie di katakan mencuri dalam solat.. rukuk, sujud macam pacat..

shinkansen-bullet train.

Dah tuuu..kalau dah selalu mencuri dalam solat..rasanya doa dimakbulkan ke?

situasi 2 : zaman sekolah menengah aku memang jahil, aku memang tak solat..tapi bila mak bebel..aku nak ambil hati dia..jadi aku buat2 la solat..

dah la jarang sangat solat..tapi doa panjang gilerr

''Ya Allah aku memohon pertolongan untuk.......
Ya Allah aku berharap agar.....
Ya Allah kurniakan lah aku........''

selesai aku amin kan doa baru aku perasan yang........


Dah tuuuuu macam mana?? 

senang cakap, apa kita buat biarlah seiring.. perangai dan doa tu biar la sama cantik sama padan.

Wallahu'alam..

P/S: doa jangan tak doa ! lagi banyak lagi bagus :)





















Monday, November 7, 2011

Contest PALING Awesome


Bagi saya blog mereka penuh dengan pengisian yang boleh di ambil manfaat.. mereka mungkin tak terkenal macam oprah.. tapi bagi saya mereka PALING AWESOME !!


Sunday, November 6, 2011

baru beli.


entry yang ringkas. Aku baru je beli moto nie, masih ada bau kedai.. cun kan purple?

ha'ah perasan + berangan je la aku nak beli.. aku memang minat dgn moto nie sama macam aku minat valentino rossi..lalala~


Saturday, November 5, 2011

Lukisan si anak.


apa erti sebuah lukisan pada anda? lukisan pada aku sesuatu yang sangat indah kerana ia merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa selain menulis dan bercakap..

di masa kecil ku.. rasa nya banyak lukisan yang aku dah buat.. mak tak pernah jemu duduk di sebelah memerhati apa yang aku lukis.. aku dan kakak ku sangat gemar menconteng.. 

bukan sekadar lukisan..whiteboard besar menjadi tempat kami menghasilkan karya..whiteboard tu masih ada sehingga sekarang.. 

sekarang.. aku punya anak saudara.. aku masih ingat saat dia dibesarkan.. manja nya dia dengan aku, mahu dimandikan.. makan mahu disuap.. dan setiap kali naik kereta..dia pasti akan letakkan kepala dia atas peha ku..dan baring sehingga tertidur..

manja nya dia dengan sampai dia tak suka kalau aku cuba rapat dengan budak2 kecik lain.. masa tu rumah aku ada kenduri, jemput semua saudara-mara jadi aku main dengan budak lain.. aku tak tahu dia terasa..

''pang!!'' kepala aku kena baling dengan pasu kecik.. kecik tak kecik tapi tu kan batu..benjol kepala aku malam tu.. lebam biru.. menangis aku sebab sakit + terkejut..pasu turun dari langit ke??

last nye dia pun nangis sebab dia tak sangka aku akan nangis sakit sampai mcm tuuu...bertuah punya budak :D
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku selongkar cari baju renang lamaku dan aku pakai kan untuk dia.. aku bawa dia pergi berenang.. well, budak mana tak suka air? jenuh aku bila dia x nak keluar dari swimming pool.. !

ada 1 hari, pengasuh dia ada hal penting dan perlu pulang ke kampung.. kakak ku minta tolong untuk tengok kan dia.. katanya tak susah, lepas dia bangun suap breakfast.. dia boring, bukak tv. 

Aku pernah jadi budak2 so itu adalah rutin paling bosan ! dah la dari pagi mak pergi kerja lepas tu duduk dalam rumah tengok tv sampai mak balik.. menjadikan aku cukup benci apa yg di namakan rutin ! 

kesian nya budak2 awal2 lagi terpaksa ikut rutin yang diatur..bagi aku budak-budak sepatutnya di beri peluang untuk explore banyak benda dalam hidup.. sebagai mak su yang selamba.. aku pun bawa anak saudara aku turun main taman.. 

bagi peluang dia main gelongsor, buaian..semua nya lah ! lumpur kat rumput tu aku xkesah dia nak pijak.. basah? so what kena lecak ? aku bagi dia pegang belalang..pasir..biar kena kotoran demi pengalaman.. kan2?

satu tahap dia dah pandai pegang pensel dengan betul.. aku pegang tangan nye.. ini ''A'' ini ''B'' dan seterusnya sehingga Z.. aku sedar dia suka tengok aku menulis.. tapi aku suruh dia cuba.. dia x nak..

biasalah mungkin ini benda baru, jadi dia tak biasa.. dan hari2 seterusnya aku tetap ajarkan dia.. nak lukis ikan? gajah ? semua aku lukiskan.. tapi dia masih enggan untuk mencuba lukis sendiri..

''ita bodoh lah mak su sebab ita pernah lukis tapi buruk..buruk sangat! lukisan mak su cantik..ita bodoh!!''

bila itu keluar dari mulutnya membuatkan aku rasa, ''adakah aku gagal untuk jadi mak su yang baik?'' sampai semangat dia xde macam tu sekali....

aku tak putus asa sebab aku yakin, kanak-kanak sentiasa inginkan perhatian dan galakkan.. aku bawa dia masuk pertandingan mewarna..dalam sibuk budak2 lain mewarna, dia duduk termenung..

aku datang menghampiri..''kenapa tak warna, ita?'' 

''alarh mak su, ita warna tak cantik..semua orang kat sinie colour cantik je..''

aku pujuk aku kata cuba je warna sebab sekurang-kurangnye mencuba.. dia xnak, dia suruh aku warna.. dan climax nye dia bangun tinggal aku..

aku pun bangun kejar dia..

nak kata pensel warna tak ada..banyak..setiap kali pergi supermarket beli pensel warna baru.. bertimbun koleksi pensel dia..

dia selalu kurang yakin dengan diri sendiri..

hari pertama dia masuk tadika.. dia masuk kelas.. aku dah happy tahap gaban.. sekali, semua budak2 sibuk main tanah liat yg cikgu letak atas meja..dia pergi ke arah satu ceruk..dan duduk di situ.. 

aku tak tahu macam mana nak pulihkan semangat dia.. pernah sekali dia lukis.. bentuk bujur..bujur yang panjang..semua lukisan pun bujur.. bila aku tanya lukisan tu sebenarnya apa.. dia jawab ''itu pocong''

-___________________________________________________________________________-!!

aku tak putus asa maybe x berminat dengan lukisan, benda lain ada lagi.. jadi kenalkan dia dengan origami.. on laptop bukak youtube.. macam2 kami buat malam tu..rama2, cincin.. dia nampak berminat..walau pada mulanya ''ita tak nak lah buat, susah!!!'' aku pujuk slow2 berjaya jugak dia hasilkan rama-rama..



cara nak buat? banyak je benda nie dalam youtube.. :)

dah lama berlalu..aku pun dah masuk kolej, dah lama tak main dengan dia.. sampai la hari raya aidilfitri tahun nie..dia datang ke rumah.. dia jalan tersengih2 ke arah aku dan hulurkan satu sampul...

ku sangka duit raya...

depan kertas


belakang




mungkin bagi kalian..itu sekadar kertas..bagi aku..itu adalah sesuatu yang paling bermakna aku pernah terima dari anak saudara aku..



kata kakak ku..mata dia tak berkelip tulis benda tuu.. susah payah dia buat..sebab dia baru pandai menulis.. ''ita nak jadi macam mak su dengan mak ngah masuk sekolah cantik2''

berbaloi rasanya penat lelah..bukan senang nak jaga seorang budak.. perlukan banyak pengorbanan.. baru sekarang aku faham perasaan mak aku yang dah jaga aku dari kecil.. terlalu banyak pengorbanan mak untuk aku.

bila dengan budak kecil, kita perlu banyak bersabar terutama bila diorang dah pandai guna perkataan kenapa...

kenapa.........?


 ''mak su kenapa kita kena pakai payung?''

-sebab hujan.

''kenapa hujan?''

-awan tebal berkumpul menghasilkan awan tebal yang ada air.

''kenapa awan berkumpul?''

-sebab tiupan angin

dan seterusnya kenapa, kenapa.. aku tak boleh tido 1 hari tu dia asyik tanya kenapa, kenapa..
aku tetap jawab kerana bagi aku setiap soalan membuka kepada satu cabang ilmu baru.. cuma kena banyak bersabar lah..

kanak-kanak memang unik..ajar kita lebih menghargai pengorbanan ibu bapa masa kita kecil.. pengorbanan besar pulak tuu.. 

-selamat hari raya aidiladha-





















Thursday, November 3, 2011

Maafkan aku...

Malam tu aku sedang study chemistry di bilik kawan.. aku tak bawa phone aku tinggal atas meja study dalam bilik.. selesai study aku pulang ke bilik.

Roomate aku kata, tadi ada bunyi mesej..aku capai phone. Rasanya macam tak percaya..aku macam nak nangis.. macam nak sesak nafas.. tak mungkin..mungkin semua nie tipu..takkan lah??

''Diba nie final aku... final aku lawan ragbi..ko tak pernah tengok aku main ragbi kan? Datang lah tengok..nie final.. datang lah lambat pun tak pe...''

kata-kata nie masih terngiang sampai ke hari nie.. rasa macam baru semalam aku bersembang dengan arwah.. aku tak tahu final itu ada maksud lain yang tak disangka-sangka..

 mesej yang aku terima katakan dia telah meninggal dunia buat aku rasa macam.. aku tak tahu macam mana nak gambarkan..tapi satu kehilangan yang besar tak dapat aku ungkap dengan kata-kata...

teringat kenangan masa kami darjah 5..arwah suka bercerita..macam2 cerita..ada saja nak di kongsi.. kenangan dia kejar aku dalam kelas..

masa darjah 6 walau kita tak sama kelas, kau tak pernah tak tegur aku kalau terserempak..pasti ada teguran nakal dari kau..semua tu.. seakan semalam..

sahabat..kini kau pergi..pergi buat selama-lamanya.. dan aku.. harapan terakhirmu tidak aku tunaikan. Kalau aku tahu pasti aku datang final ragbi tu..tapi sesesal mana pun aku sekarang aku tak dapat ulang..

serius, aku menyesal...

kali terakhir kita makan bersama..aku minta kau bacakan doa..




Namun hanya doa yang bisa ku kirimkan... Al-fatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...