Friday, April 20, 2012

Makeover. Part 1


Kalau aku kata nak makeover pasti ada yang terbayang ‘before’ and ‘after’ bagaimana seseorang pada mulanya kelihatan biasa tapi setelah makeover dia menjadi lebih cantik dari sebelumnya.
Aku juga wanita, aku tidak menafikan sesekali aku juga mahu kelihatan cantik. Tapi apakah keadaan cantik luaran itu sesuatu yang benar-benar aku mahukan?

Dia kelihatan biasa, bergaya jauh sekali. Baju tidak berjenama. Biasa. Tapi di mata aku dia cantik. Sungguh cantik dan tidak keterlaluan untuk katakan dia pelajar paling cantik dalam kolej.

Patutlah,  rupanya dia selalu makeover akhlaknya setiap hari. Itu rahsianya.
Rupa dah la cantik, akhlak dari hari ke hari bertambah cantik. Memang sejuk mata yang memandang, ikutkan hati mahu saja aku sebut nama rakan aku yang seorang nie tapi mana mungkin? Cukuplah dia jadi buruan, jangan di alam maya pula.Kasihan, dia baik orangnya.

Bukan tu saja dia tolong makeover orang di sekelilingnya menjadi cantik akhlaknya. Terima kasih duhai sahabat. Jadi mari kita terus membaca kisah sahabat aku yang cantik, moga2 tips kecantikan dapat membantu kita menjadi ‘cantik’.

Pada awal perkenalan, ketika aku berselisih  dia membuatkan aku berpaling sekali lagi ‘’ohh cantiknya’’ bisik hati aku. Dia juga tak kekok untuk lemparkan senyuman. Ketika itu dia memakai tudung biasa, bawal. Kepada kaum lelaki tudung bawal janganlah kalian bayang seperti ikan bawal…hehe.

Orangnya manis, lembut tutur kata. Dia berbeza. Bukan tiada yang bergaya, bukan tiada melawa. Ada, ada. Tapi dia tidak memerlukan baju yang menampakkan susuk tubuh badan mahupun makeup setebal 1 kilometer untuk kelihatan cantik. Dia ada pegangan. Pegangannya kuat. Di situ kagumnya aku, dan di situ jugalah cantiknya dia.

Benarlah kata-kata, kecantikkan luaran bermula dari dalaman.

Bukan niat aku, ingin memburukkan wanita di luar sana tapi ada saja jika kita lihat kebanyakkan wanita zaman sekarang berjalan seolah-olah mereka tercantik, mereka terhebat. Jalan penuh keyakinan. Kasihannya mereka kerana keyakinan datang dari kecantikkan yang sementara. Apa jadi sekiranya sudah kedut dan kendur? Mahu sedut lemak? Mahu tarik urat muka agar kelihatan tegang setiap masa? Jangan. Jangan. Kita boleh cantik tanpa itu semua jom contohi dia.

Dia seperti padi. Makin di puji, makin tunduk. Setelah bersahabat dengan dia aku lihat dia tidak pernah bangga jika dia dipuji cantik oleh rakan-rakan. Bagaimana mungkin di menahan perasaan bangga diri itu? Aku teringin sangat nak tanya.. tahu apa jawapannya? Nahhhh aku tak tanya pun. Hahaha..
Alhamdulilah ramai juga rakan aku yang berhijrah dari free hair kepada bertudung. Namun luahan yang sering aku dapat ialah..

‘’Diba, ko nak tahu tak? Aku panas hati je tengok perempuan pakai short, seksi semua tu.. aku nak je cakap EH AKUKALAU BUKAK TUDUNG BERGANDA CANTIK DARI KAU!! Tawuuuuuuuuuu tak?????’’

Yeahhh bukan sorang dua, ramai yang punya luahan yang sama. Ya aku faham, aku pernah jadi budak free hair jugak. Mungkin kita sering di duga dengan situasi macam nie tapi sekali lagi jom kita tengok dia.. walau aku tak pernah berkesempatan tanya ‘Bagaimana dia menahan bangga diri menjadi seorang yang cantik?’ tak bererti aku tak jumpa jawapannya. Kita kan ada Allah yang boleh kita minta di beri petunjuk. Dan pada yang sama usaha mencari.

Apa yang aku jumpa ialah setiap kali kita merasa bangga dengan kecantikkan diri, lebih elok kalau korang berdiri depan cermin..ehem! lelaki pun boleh cuba kalau rasa diri tu hensem sangat dan kadang-kadang terlebih perasan.

Pertama sekali bila berdiri depan cermin, pegang muka sambil diurut secara perlahan-lahan kemudian pandang cermin sambil berkata ‘’Duhai rupa paras aku yang cantik/hensem satu hari kau akan terkambus dengan tanah’’
Kalau rasa tiada kesan pada diri ulang ayat tadi berkali-kali.. kalau masih tiada kesan, bayang muka anda di makan cacing dalam tanah nanti. Masih tiada kesan? Amboii awat keras hati hang nie? Tak pe, berdoa dilembutkan di kurniakan hati baru supaya lebih tawaduk. Sejak aku mula buat macam nie aku malas nak tengok cermin. Tengok jugaklah nanti pergi kuliah, tudung senget pulak. Aiyor!

Ok next, kalau nak jadi cantik..kecantikan bermula dari dalaman, tawaduk jika dipuji. Lagi? Larat ke nak baca lagi? Tangan aku dah lenguh dah menaip roommates pun dah usha dari tadi.. pegang laptop je.. bila nak pegang buku kan? Sambung nanti yer….. Sementara tu try la tips apa yang ada.. Entri nie aku tujukan buat diri aku jugak yang pelupa, perasan, lagi? Nak tambah boleh jee…  boleh tahu mana kekurangan aku… terima kasih. Semoga pembaca di rahmati Allah S.W.T. Assalamualaikum..


P/S : kata nak makeover sure la step by step. Terus melangkah! Biar perlahan insha-allah sampai juga nanti.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...