Saturday, January 14, 2012

Perlu ada.


Aku berjalan menuju ke ATM dari jauh mata aku tertumpu pada barisan yang masih panjang.. dalam pada masa itu aku lihat rakan-rakan ketawa gembira bertepuk tampar dengan lelaki.. ''ohh perkara biasa..biasa??'' aku lihat mereka.. aku nampak aku suatu ketika dulu. Tunduk. Aku malu pada Dia.

Benar..kalian benar. Siapa aku untuk memberi nasihat? bukan ayah..mahupun mak.. tapi jujur aku sedih. ''Ahhh siapa peduli jika aku sedih?'' kerna itu bukan soalnya. Soalnya aku tak mahu kalian ulang sesuatu yang sama seperti aku.. mungkin bertepuk tampar kecil pada dasarnya, tapi..

tapi jika dari hari ke hari.. bulan ke bulan.. tahun ke tahun? mampukah kita sekadar bertepuk tampar.. tanpa tangan merayap ke bahagian lain? Bukan maksudku menuduh.. tapi memang hakikatnya iman kita umpama yoyo.. ada turun naiknya.. kuatkah kita mengawalnya? kuatkah aku mengawalnya?

Pernah aku ajukan soalan pada ustazah.. ''Bagaimana saya mahu tetapkan niat dalam setiap apa yang saya lakukan adalah kerana Allah?''

kerna manusia seperti aku entah bila boleh jatuh pada bisikan, benteng yang merapuh.. aku takut.. setiap masa, aku tak mahu kembali kehidupan yang dulu..

''kamu perlu dekat sentiasa dengan Allah.. jadikan Al-Quran pegangan kamu.. tafsir.. baca tafsir.. dan juga sekeliling kamu, tinggalkan apa yang tak perlu''

Ustazah tinggalkan aku dengan jawapan yang cukup ringkas.. katanya aku perlu berfikir dan lebih mencari dengan usaha sendiri. Akhirnya, aku dapat simpulkan sesuatu ''kalau tahu akhirnya cuma ada mudarat, jangan libatkan diri dari awal..'' atau dalam bahasa rempitnya ''pandai cari penyakit kan? lu tanggung lah derr..'' ditujukan khusus buat diri.. moga juga yang lain.

Paling penting, semua itu boleh dielakkan hanya perlu ada MALU. Ya, malu. Malu seorang wanita.

Aku pernah berada di posisi kalian..kata-kata seperti

''aku tak nak jadi hipokrit.. pakai tudung tapi lepak dengan laki, ini diri aku its my life!!!..''

''sorry lah..muka aku tak berapa nak cun kalau pakai tudung''

macam-macam lagi..tapi kesiannya kita sebagai wanita.. cuba fikir lelaki yang hampir dengan kita adalah lelaki yang suka pada aurat kita.. suka menikmati luaran kita saja.. 

bagaimana dengan hati? Pernah lelaki menilai kita dari dalam.. ? Tak dinafikan fitrah manusia sukakan keindahan tapi andai kata keindahan itu cuma sementara sudah pasti tidak dapat kita bawa sampai ke sana.. sana yang kekal abadi.. 

Malu bagi aku bukan menunjukkan wanita itu lemah. Tidak sama sekali, bahkan menunjukkan wanita itu kuat. Kuat dari segi tahan kepada godaan.. kerana malu itu perisai bagi kita.

''Kebanyakkan lelaki nak jee.. kalau kasi, ambik.. perempuan la bodoh. Lelaki takkan jadi apa-apa. Sebab mengandung or nak tanggung apa2 korang !''

Pendapat jujur dari kawan lelaki aku. Masa dia cakap aku tak tahu apa reaksi patut aku bagi..tak sangka pulak dia akan jawab sejujur-jujurnya.

Tak cukup lagi ke? Malu juga kerana kita mahu melindungi. Melindungi orang yang kita sayangi.. Andai kita sayang sudah pasti kita tidak mahu menambah dosa si dia.. kalau kita berpakaian dengan cara menggodakan, suara yang manja, cubitan selembut belaian.. 

Siapa yang tak cair? Tanpa sedar kita telah rosakkan dia, menambah lagi dosa si dia.. adakah itu di panggil sayang. Jangan lupa kita juga dah menambah dosa sendiri padahal bekal yang tak seberapa. 

Malu itu juga buat kita sedar akan diri. Di mana kita patut berhenti andai di hadapan duri yang menanti. Malu pada Pencipta membuatkan kita takkan berani untuk melakukan perkara yang mungkar.. kerana sesungguhnya Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui..

Tapi sayang manusia selalu malu pada manusia.. takut ramai yang tahu.. mana muka patut diletakkan ? 

Malu sebenarnya menunjukkan kita hormat.. hormat pada yang lain. Kalau ada malu sudah tentu kita tidak akan sewenang-wenang menggunakkan F*** sesuka hati pada insan lain..

Bagi aku jika sekadar F*** yang kamu kerap guna sedangkan penguasaan bahasa Inggeris yang tak seberapa, kamu itu aku panggil Pathetic..

''I can say whatever I want to say.'' Yes you can but that doesn't mean you should. -Aiman Azlan-

MALU ITU...
KUAT !
MELINDUNGI !
SEDAR DIRI !
MENGHINDAR DOSA!
HORMAT ! :)

Tika kecilnya, dia selalu malu jika datang ke rumah saudara-maranya.







P/S : ada yang minta aku taip entri guna bahasa rempit..katanya bahasa aku kadang-kadang terlalu berkias sukar di fahami..bukan tak mahu, aku takut yang cuma ada nanti hampas kelapa!  :D atau barangkali malu nak guna bahasa rempit.. ? Mungkin..haha..










8 comments:

  1. woahh !! comelnyeer dya ;) malu . alalal *(srius tak tipu ) .
    ermm. yeah ! MALU itu perlu . sebab malu itu adalah salah satu cabang iman .
    It is a pleasure from Allah that you crave not from others.Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu dengar sabar itu separuh daripada iman.. separuh lagi tu malu rupanya, baru tahu.. terima kasih atas perkongsian. Inshaallah perjuangan sentiasa di teruskan..All da best utk nafisah dkt matrik kedah :)

      Delete
  2. biarlah malu di dunia, asal nanti beroleh gembira di sana..

    ada juga yg berkata, saya belum bersedia menjadi baik.. cuma persoalannya, apakah maut itu akan menunggu kita dalam membuat persediaan..

    p/s: saya rasa sabar itu 'sebahagian' daripada iman.. dan malu itu juga 'sebahagian' daripada iman.. iman itu ada 70 cabang lebih.. ketika yg paling tinggi adalah kalimah Laa Ilaaha IllAllah.. dan yang paling rendah adalah membuang gangguan dari jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkata tentang soal maut sy teringat kata seseorang pd sy ''kamu belum tentu dpt memegang segulung IJAZAH tapi menjadi JENAZAH itu pasti''

      ya betul tu fuad maut takkan menunggu kita buat persediaan..dan maut tu takkan juga dtg cepat sesaat, dan lambat sesaat.. semua dah ditetapkan mengikut aturan Nya..

      terima kasih perkongsian ilmu dari saudara fuad, terima kasih :)

      Delete
  3. malu, hanya kita yang mampu mengawal dan menggunakannya.

    guna bahasa rempit?
    tak perlu kott,bahasa tulen lagi power.suke tulisan kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. andai kata ada juga rasa tak malu katakan ''anda mampu mengubahnya'' XD

      suke tulisan kamu juga tapi lebih elok jika tiada 'fakkkkkk'

      terima kasih Dale :D

      Delete
    2. dunia sebenar, bahasa sebenar, baca, fikir dan conclude sendiri.

      well, i'm trying to. susah bila itu yang menggambarkan keghairahan semasa menulis.

      thanks to the advice :)

      Delete
    3. thanks *for* the advice..

      welcome :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...